USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERJASAMA USM-NCIA-CREST BUKTI KEJAYAAN QUADRUPLE HELIX

untitledhbhj

Kerjasama yang berlandaskan lingkaran empat atau quadruple helix yang menggabungkan kepakaran Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama agensi kerajaan dan industri termasuk Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara Malaysia (NCIA) dan Collaboration Research in Engineering, Science and Technology (CREST) dipilih sebagai antara enam finalis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM). 

Menurut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed, projek “Inovasi Mempelbagaikan Sumber Pendapatan dari Sumber Baru Melalui Kerjasama Pintar USM-NCIA-CREST” ini dijemput ke pertandingan ini buat kali pertama dan berjaya memasuki pusingan terakhir.

15589888 1257190697675294 5599822552883418251 n

15420942 1257196507674713 6945977625829368586 n

“Walaupun tidak menang, saya rasa kerjasama tiga penjuru selama lima tahun ini telah menunjukkan hasil apabila menjadi antara enam jabatan atau agensi yang layak ke pertandingan akhir dari 180 lebih penyertaan,” tambah Abdul Rahman yang mewakili Naib Canselor USM ke Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri dan Sektor Awam di sini.

Kerajaan Negeri Melaka telah memenangi AIPM dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta beserta trofi dan sijil manakala tempat kedua dan ketiga diberikan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan membawa pulang wang tunai RM300,000 dan RM200,000 masing-masing beserta trofi dan sijil.

Anugerah Inovasi Perdana Menteri adalah anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri dan telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

untitledyjyj

“Apa yang kami pelajari adalah dengan memberikan penumpuan kepada projek yang mengurangkan perbelanjaan dan menambah pendapatan serta memberikan impak yang besar dan efektif kepada masyarakat,” tambah Abdul Rahman yang juga ditemani Pengarah Bahagian Pembuatan NCIA Fajaffri Mohd Fadzil dan Timbalan Presiden Kanan, Pengurusan Penyelidikan CREST, Dr. Nor Azmi Alias.

untitledghjyjy

untitledjghjy

AIPM diwujudkan pada tahun 2009 bagi menggantikan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) sebagai citra baharu pengiktirafan inovasi sektor awam yang mengutamakan inovasi dan penciptaan.

Turut disampaikan pada majlis yang sama adalah Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) yang merangkumi empat kategori iaitu Pengurusan Kewangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Ahmad Zulman Mohd Zain

  • Created on .
  • Hits: 1428

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024