USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAJORITI MELAYU ASAL DARI PENTAS SUNDA

IMG 0207

PULAU PINANG, 6 April 2015 - Majoriti bangsa Melayu di Asia Tenggara berasal daripada Pentas Sunda yang terdiri daripada pelbagai geografi yang berbeza dan dikatakan Pentas Sunda mengalami beberapa kali banjir bermula 25,000-21,000 tahun dahulu.

Demikian ujar Pensyarah, Institut Kognitif dan Evolusi Antropologi, Pusat Pengajian Antropologi dan Muzium Etnografi, Universiti Oxford, Profesor Stephen Oppenheimer ketika menyampaikan Siri Ceramah Arkeologi di sini hari ini anjuran Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM).

IMG 0273h

“Majoriti daripada kajian yang dijalankan menunjukkan Melayu Semenanjung Malaysia berasal daripada Pentas Sunda dan yang lainnya daripada Asia Timur dan juga Asia Selatan. Berbanding dengan populasi Laos, majoriti populasi tersebut mempunyai keturunan awal daripada Asia Timur iaitu daripada China dan Taiwan,” tambah Oppenheimer.

Oppenheimer, 68, adalah seorang pakar genetik dan juga penulis buku bertajuk Out of Eden: The Peopling of the World dan juga The Origins of the British: A Genetic Detective Story serta terlibat dengan penerbitan rancangan dokumentari di Discovery Channel.

IMG 0278fh

IMG 0294jkkl

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM Profesor Madya Dr Zafarina Zainuddin yang turut menjalankan penyelidikan bersama Oppenheimer, beliau menggunakan kaedah Mitochondrial Deoxyribonucleic Acid (DNA) bagi menentukan umur populasi bagi kawasan-kawasan geografi yang berlainan dan yang telah ditetapkan.

“Saya mengambil sampel lebih daripada 11 sub etnik Melayu seperti Jawa, Bajau, Acheh, Minang di kawasan Semenanjung Malaysia iaitu lebih kurang 500 orang responden untuk kajian genetik,” kata Zafarina yang kini dipinjamkan ke Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM). 

IMG 0290jk

IMG 0237

“Melalui kaedah Mitochondrial ke atas semua populasi ini, kita dapati kesemua sub etnik ini adalah berasal daripada Melayu dan ianya hanya dipisahkan oleh sempadan politik, negara dan sebagainya,” tambah Zafarina.

IMG 0308

Hasil penyelidikan mitochondrial ini mengukuhkan lagi hasil penemuan Pengarah PPAG, Profesor Dato’ Dr Mohd Mokhtar Saidin mengenai penempatan masyarakat awal di Bukit Bunuh, Lenggong Perak yang merupakan kawasan penempatan tertua berbanding kawasan sekitar. - Teks: Nor Rafizah Md Zain/Suntingan: Dr Sean Eng Ken Khong/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 6398

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024