USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BERI ANUGERAH, HARGAI DAN IKTIRAF 638 WARGA PESARA DAN STAF

IMG 0038

USM, PULAU PINANG, 14 Disember 2016 - Seramai 160 orang pesara menerima Anugerah Jasamu Dikenang di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sepanjang tempoh perkhidmatan di USM, 123 orang menerima Anugerah Sanjungan Budi sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah memberikan khidmat yang cemerlang selama 25 tahun kepada Universiti ini dan 355 orang staf yang telah berjaya dalam proses kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya di Universiti ini.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, para pesara yang diraikan sebenarnya telah meninggalkan legacy di Universiti tercinta ini dan segala hasil sumbangan dan komitmen sebelum ini sedang dinikmati oleh segenap ahli dalam keluarga besar di Universiti ini.

IMG 0072

Katanya, USM akan memikirkan dan melaksanakan kaedah terbaik dalam mengekalkan bakat-bakat besar yang ada sebagai contoh Profesor-Profesor yang telah bersara kerana ianya penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesohoran yang ada dalam menghadapi persaingan malah juga menjadi rakan strategik utama untuk memastikan kita sentiasa kompetetif di peringkat global dengan bakat-bakat besar dalam bidang Sains dan Teknologi mahu pun Sastera, Kemasyarakatan, Seni dan Budaya.

IMG 0040

"Ini sekaligus akan memperkasakan momentum universiti sebagai sebuah universiti yang mempunyai warga, kepakaran, kekuatan, kebijaksanaan dan kehebatan yang memenuhi 3R - yang relevan (relevant), dirujuk (referred) dan dihormati (respected)," jelasnya.

Tambahnya, kepada mereka yang telah berkhidmat lebih 25 tahun, beliau percaya mereka telah memperoleh sesuatu daripada episod kehidupan di Universiti ini dan menyarankan agar carilah sebanyak mungkin ruang dan peluang untuk berkongsi dan menurunkan ilmu kepada sesiapa sahaja selama mereka masih berada di Universiti ini.

"Pindah ilmu kepada para staf muda dan baru di USM ini dan jadilah mentor mereka supaya dapat melonjakkan universiti ke satu tahap yang lebih tinggi," tegasnya ketika menyampaikan ucapan.

IMG 0012

IMG 0028jkbg

Asma juga mengucapkan tahniah kepada staf yang telah berjaya dalam proses kenaikan pangkat dan menyeru kepada mereka supaya terus berusaha dengan lebih gigih dan cemerlang lagi pada masa akan datang dan keluar daripada comfort zone.

Ini adalah kali kedua majlis penghargaan dan pengkitirafan daripada Universiti kepada staf dan pesara di atas sumbangan dan kecemerlangan perkhidmatan mereka setelah melakukannya pertama kali pada 21 Mac 2016 yang lalu dan majlis ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan daripada Universiti bagi meraikan staf yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada USM yang tercinta.

untitledsdfgfr

Dalam majlis yang sama juga, sumbangan dan sijil diberikan kepada warga staf Jabatan Pembangunan yang diwakili oleh Ishak Mat yang memanfaatkan roda dari kerusi terbuang yang telah rosak untuk meletakkan bakul mengisi sampah yang mudah dibawa ke sana sini yang tentunya murah dan lebih lestari.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1795

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024