USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERLU BERANI MENTRANSFORMASIKAN PENDIDIKAN TINGGI

15380292 10154773993028279 9112752790150503838 n

NILAI, NEGERI SEMBILAN, 13 Disember 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata dalam mentransformasikan pendidikan tinggi, kita perlu berani untuk berubah malah perkataan baharu bagi berubah adalah berani.

"Perubahan yang dimaksudkan adalah bagi kemajuan dan menepati kehendak pelajar pada masa kini yang bergerak selari dengan arus teknologi dan juga bagi keperluan dalam global ekonomi yang mencabar," tambah Asma.

"Pendidikan Tinggi pada masa kini dan hadapan menuntut untuk pendidikan secara fleksibel seperti multi entries, multi exits, multi discipline dan multi degrees dalam menjadikan pelajar kita yang "glocal" iaitu Think Globally, Act Locally.

15541572 10154773993053279 4372817991386902399 n

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat bertajuk 'Creativity and Innovativeness as a Quality in Leadership' di Convention for Young Administrators of ASEAN Higher Education Institutions (YAS 2016) di sini hari ini.

YAS 2016 menghimpunkan lebih 200 orang peserta dalam kalangan pentadbir dari Universiti Awam dan Swasta dari dalam dan luar negara termasuk dari Indonesia dan Brunei Darussalam.

15401176 10154774023913279 1088316222016868500 n

Konvensyen dua hari ini adalah anjuran Jawatankuasa Latihan Universiti Awam Malaysia dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Teks & Foto: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1067

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024