USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HEBAHAN PROGRAM MUZAKARAH ILMIYYAH

ebaner muzkarah

Pusat Islam USM dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM akan mengadakan Program Muzakarah Ilmiyyah yang akan diadakan pada ‪15 Disember 2016 jam ‬2.00 petang hingga 4.45 petang bertempat di Dewan Persidangan Universiti dengan tajuk program Kelestarian Tamadun Dan Ilmu Islam. 

Menurut Ketua Penolong Pengarah Pusat Islam USM, Mohd Zamrus Mohd Ali, Objektif program ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan menawarkan perkongsian kepakaran untuk membantu meningkatkan profesionalisme ilmuwan agama, saintis Muslim dan dunia penyelidikan.

"Muzakarah Ilmiyyah melalui tema “Kelestarian Tamadun dan Ilmu Islam”  adalah salah satu program anjuran Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia bagi memperkasa institusi pendidikan.

"Secara khusus wacana kali ini memberi fokus kepada tuntutan melestarikan sains aqli yang merangkumi empirikal dengan sains naqli yang bersifat ilmu al-wahyu dalam bidang-bidang yang melibatkan penyelidikan, kajian dan pembuatan," katanya.

Tambahnya, kesepaduan budaya ilmu dalam masyarakat dengan metod sistem tersendiri telah memartabatkan tamadun Andalusia sebagai kiblat ilmu selama hampir 800 tahun iaitu dalam abad ke-8 hingga ke-14 Masihi.

Semua warga USM dijemput hadir ke program ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1087

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024