USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WACANA BERI INPUT KEPADA PELAJAR UNTUK MILIKI RUMAH PERTAMA

15401041 1297222350317481 4720612307408611376 n

USM, PULAU PINANG, 10 Disember 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Perkumpulan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) kelmarin menganjurkan Wacana Perdana yang bertajuk "Persediaan Orang Muda Miliki Rumah Pertama" bagi memberi maklumat dan informasi kepada pelajar berkaitan pemilikan rumah pertama.

Ahli panel wacana ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Haji Shabudin Yahaya dan Ketua Sumber Manusia Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) Mohd Zuraidi Zakaria yang banyak berkongsi tentang bagaimana dan strategi cara golongan muda kini untuk memiliki rumah pertama.

15356596 1297222190317497 4491290184526015439 n

15391047 385206508489277 4684563761353641885 n

Wacana ini berobjektif untuk memberikan input, informasi dan pencerahan mengenai tips dan strategi untuk orang muda terutama pelajar untuk memiliki rumah pertama dalam zaman ini serta cabaran generasi muda bersaing untuk kehidupan yang selesa.

100 orang pelajar hadir ke program ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 952

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024