USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAKAR KONGSI ILMU SOSIAL BERKAITAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK KEPADA MASYARAKAT

15317879 385206138489314 3724246652031285315 n

USM, PULAU PINANG, 8 Disember 2016 - Kelab Kerja Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan satu program iaitu Talk Series Praktis Kerja Sosial dengan Kes Penderaan Kanak-Kanak yang berlangsung baru-baru ini di USM.

Menurut Yang Dipertua Kelab Kerja Sosial USM,  Syahirah Bastari, program ini bertujuan memberikan perkongsian ilmu untuk semua pelajar dan masyarakat luar dalam membantu mangsa penderaan kanak-kanak bagi membolehkan mangsa dapat kembali dalam kehidupan yang sempurna.

"Pelajar diharapkan dapat memahami bahawa isu ini adalah isu yang tidak boleh dipandang remeh dan perlu dibendung secara bersama dalam kehidupan seharian," katanya.

15380847 385206361822625 1746224480221907251 n

Sementara itu, Pengendali Program yang juga Pensyarah Rancangan Kerja Sosial Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Dr. Rose Jacob menyifatkan program sebegini sewajarnya dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat luar bahawa kes penderaan merupakan kes yang serius dan golongan kanak-kanak yang merupakan golongan ‘vulnerable’ harus dibantu dengan kadar yang segera.

"Kes penderaan terhadap kanak-kanak bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal, tetapi juga penderaan seksual dan mental sehingga ada yang diculik dan dibunuh dengan kejam," jelasnya yang mempunyai pengalaman kerja sosial yang luas selama 30 tahun di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

15400551 385206355155959 6263154504076703056 n

15391047 385206508489277 4684563761353641885 n

Beliau juga telah berkhidmat secara terus dengan peringkat akar umbi dan kumpulan terpinggir serta telah merangka kurikulum dan menguruskan pelbagai latihan untuk pekerja sosial.Rose juga menekankan beberapa proses pertolongan kepada mangsa penderaan kanak-kanak antaranya kes penderaan perlu dilapor kepada pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pekerja sosial dan juga adanya Akta Kanak-Kanak 2001 yang menyatakan pemberian keadilan dan keselamatan kepada mangsa penderaan.

Bagi Pengarah projek, Fakrul Rezal A.Aziz pula, program ini sedikit sebanyak memberi impak positif dan membuka minda dan mata masyarakat tentang kes penderaan kanak-kanak dan mengambil inisiatif bersama-sama membantu mangsa kes penderaan ini.

15317933 385206575155937 817483270796457049 n

Perasmian program dilaksanakan oleh Dr. Paramjit Singh Jamir Singh selaku Penasihat Kelab Kerja Sosial dan program ini dihadiri oleh pelajar, staf dan orang awam yang melibatkan penyertaan seramai 300 orang.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Kelab Kerja Sosial USM

  • Created on .
  • Hits: 1770

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024