USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ANJUR FORUM KONGSI ILMU PENGETAHUAN MENGENAI KANSER

untitledgfnghjhh 

USM PULAU PINANG, 6 Disember 2016 - Kelab Kerja Sosial USM telah menganjurkan sebuah program Forum Praktis Kerja Sosial Bersama Pesakit Kanser baru-baru ini yang berlangsung di Dewan Pembangunan Siswa II (DPS 2), Kompleks Cahaya (KOMCA), Universiti Sains Malaysia yang melibatkan penyertaan daripada pesakit-pesakit kanser, staf dan pelajar USM seramai 200 orang.

Forum membincangkan bahawa setiap orang mempunyai tisu untuk mendapat penyakit kanser malah kajian juga menunjukkan bahawa tekanan atau stres melampau boleh membawa risiko kepada penyakit kanser dan kos perubatan merawat kanser juga amatlah tinggi.

Antara kaedah rawatan yang dianjurkan adalah chemotherapy, radiotherapy dan terbaru ialah immunetherapy.

 untitledfhh

Jika terdapat sebarang ketulan di mana-mana anggota badan, segera berjumpa dengan doktor bagi membuat langkah pencegahan awal.

Kesimpulannya, terdapat perkaitan yang kukuh antara peranan pegawai perubatan, jururawat, pekerja sosial perubatan dan kumpulan sokongan dalam membantu pesakit kanser berjuang melawan penyakit mereka.

untitledhnhjtyhjty

Forum tersebut dikendalikan oleh beberapa penceramah jemputan antaranya Pegawai Perubatan Unit Onkologi IPPT USM, Dr. Farish Hafeez bin Shaharuddin; Jururawat Unit Onkologi IPPT USM Zalzam Zuella binti Ismail; Pekerja Sosial Perubatan GH Pulau Pinang yang juga alumni kerja sosial USM Armiesal Azilati binti Ahmad dan pesakit kanser Madam Chee
dan dipengerusikan oleh Mohammad Hamka bin Mohd Ikmal Hisham.

 untitledhjyjyj

Perasmian dan sokongan yang kukuh diterima daripada Dr. Paramjit Singh Jamir Singh, Penasihat Kelab Kerja Sosial USM dan YDP kelab Kerja Sosial Syahirah Bastari yang sentiasa menyokong perjalanan forum serta juga Pengarah Projek Mustaqimah Mustaffa dan Timbalan Pengarah Projek Fakrul Rezal.

Teks : Kelab Kerja Sosial USM / Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Kelab Kerja Sosial USM

  • Created on .
  • Hits: 2090

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024