USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MANTAN TNC JIM DEDIKASI ANUGERAH HALL OF FAME KEPADA USM

untitledbfnb

PULAU PINANG, 5 Disember 2016 – Mantan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (TNC JIM) Universiti Sains Malaysia (USM) Dato’ Dr. Susie See Ching Mey mendedikasikan anugerah antarabangsa International Adult and Continuing Education Hall of Fame 21st Induction Ceremony yang diterimanya di University of Oklahoma Amerika Syarikat baru-baru ini kepada USM yang telah banyak berjasa kepadanya.

“Saya telah menghabiskan sebahagian besar usia berkhidmat kepada USM melalui Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan kemudiannya memegang jawatan sebagai TNC JIM sejak 2011 hingga 2016 yang banyak memberi ruang dan peluang kepada saya memberi sumbangan kepada pelaksanaan dan transformasi dalam  jaringan industri dan khidmat komuniti termasuk rangkaian jaringan global," kata beliau.

Tambahnya, anugerah ini adalah penghormatan besar hasil daripada usaha yang dilakukan selama ini serta peluang yang diberikan oleh USM untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat di seluruh dunia.

susie47

Susie, seorang pakar psikologi bertauliah, menerima anugerah ini bersama-sama  13 orang penerima lain sebahagian besarnya dari Eropah dalam satu upacara khas, 21st Induction Ceremony of The International Adult and Continuing Education Hall of Fame (IACEHOF) 2016 di Orlando Florida.

IACEHOF yang ditubuhkan pada tahun 1993 ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada pemimpin dalam lapangan pendidikan yang berterusan (continuing education) serta pembelajaran dewasa (adult learning) tetapi juga sebagai rekod dan inspirasi untuk generasi akan datang dalam mewujudkan pemimpin yang memberikan sumbangan besar kepada masyarakat.

Teks: Mohamad Abdullah & Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Dato’ Dr. Susie See Ching Mey

  • Created on .
  • Hits: 1099

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024