USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN HIROSHIMA UNIVERSITY

 IMG 0041

USM, PULAU PINANG, 5 Disember 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuhkan hubungannya bersama-sama Hiroshima University (HU) apabila seramai 16 orang delegasinya mengadakan kunjungan ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM untuk mengikuti International Students Colloquium 2016 di sini, hari ini.

Persidangan ini berperanan sebagai platform membincangkan tentang isu-isu globalisasi dan kelestarian yang bakal berlangsung lima hari bermula hari ini.

Penasihat International Students Colloquium 2016, Profesor Dato' Dr. Abdul Rashid Mohamed berkata, program ini sangat bermanfaat kepada semua peserta kerana membolehkan mereka berkongsi idea baru tentang isu global, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, serta membina keyakinan diri.

 IMG 0046ghm

“Program ini bukan hanya terbatas di peringkat akademik dan penyelidikan malah membuka ruang untuk memahami dan mempelajari budaya dan cara kehidupan masyarakat di kedua-dua buah negara terutamanya untuk memajukan bidang pendidikan dan pengajaran,” tambahnya lagi ketika berucap menyampaikan ucapan sempena perasmian program tersebut.

Dalam majlis yang sama, USM turut menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama-sama HU dalam memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua belah pihak.

Jelasnya lagi, Forum tahunan melibatkan pelajar kedua-dua universiti ini telah dianjurkan pertama kalinya pada tahun 2012, dan penganjurannya dilakukan berselang-seli setiap tahun antara USM dan HU.

IMG 0067

Sementara itu, penasihat Centre for The Student of International Cooperation in Education (CICE), Profesor Dr. Tatsuya Kusakabe berkata, peluang berkunjung ke USM harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dari HU dalam menimba ilmu pengetahuan serta kepakaran dalam pelbagai bidang pengajian.

“Terdapat ramai pakar di USM yang dapat berkongsi idea dan pendapat khususnya dalam bidang teknologi dan juga kelestarian yang menjadi tonggak utama di USM ini dan kelebihan ini mampu menjadi satu kelebihan kepada para pelajar HU untuk menerokai kekuatan ilmu yang ada,” katanya lagi.

Seramai 20 orang pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar USM dan 12 orang wakil pelajar HU menyertai persidangan yang dianjurkan pada kali ini. Mereka juga akan menjalankan kajian luar di sekitar Pulau Pinang.

 pendidikan1

Yang hadir sama dalam majlis ini Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Profesor Dr. Hairul Nizam Ismail; Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) PP Ilmu Pendidikan, Profesor Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1058

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024