USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KARYA ‘ALAMAYA SE-ADANYA’ MOHD YUSOF OSMAN SELAMI KEUNIKAN ALAM

 muzium11

USM, PULAU PINANG, 4 Disember 2016 - Keunikan dan ketenangan yang membawa pelbagai penceritaan melalui rahsia alam mencetuskan ilham buat Mohd Yusoff Osman mencipta karya terbarunya ‘Alamaya Se-Adanya’.

Hasil coretan beliau melalui lukisan yang penuh dengan penghayatan di sebalik rahsia khazanah alam telah beliau kongsikan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) bermula 1 sehingga 24 Disember 2016 ini.

IMG 0628

Kepakaran dan pengalaman luas Mohd Yusof selama 40 tahun dalam seni lukis, penulisan cerpen dan pengarahan teater membuatkan beliau terus berkarya dan kali ini simfoni alam menjadi jalan cerita perjuangan seni beliau.

Majlis pelancaran pameran solo beliau turut diadakan di MGTF, USM yang dilancarkan oleh Pensyarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) USM, Prof. Dato’ Dr. Rashidah Shuib.

Prof. Dato’ Dr. Rashidah Shuib dalam ucapannya berkata, USM sentiasa mengalu-alukan kedatangan ilmuwan dan karyawan seni seperti Mohd Yusoff atas dasar pengalaman beliau yang luas dalam seni halus dan sesuai dikongsikan kepada pelajar USM.

IMG 0642

IMG 0657

“Saya amat berbangga dan berterima kasih kepada Mohd Yusoff Osman kerana memilih USM untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di sini yang menghimpunkan 31 karya seni halus dan 20 daripadanya adalah karya terbaru yang belum pernah dipamerkan kepada umum.”

Tambahnya lagi, USM amat dikenali sebagai sebuah universiti yang sentiasa berkolaborasi pelbagai usaha libatsama komuniti seperti usahasama pameran yang bersifat pelajaran dan pembelajaran ini.

“Saya berharap usaha pihak MGTF ini dapat memberi impak yang signifikan kepada universiti dan masyarakat umumnya.”

IMG 0654

Kepada yang berminat bagi menyaksikan sendiri karya seni halus beliau, dijemput ke Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM bermula 1 sehingga 24 Disember 2016.

Maklumat lanjut boleh menghubungi talian 04-6532427/4789 atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau layari laman web di alamat:

www.mgtf.usm.my
www.mgtfusmpenang.blogspot.com
www.facebook.com/mgtf

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1187

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024