USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INFORMM BANTU KANAK-KANAK ASNAF BERKHATAN SECARA PERCUMA

untitledvgyu

KUBANG KERIAN, 4 Disember 2016 – Kegembiraan jelas terpancar di wajah 18 anak yatim dan kurang berkemampuan berusia antara 9 hingga 11 tahun yang dikhatankan beramai-ramai dalam program anjuran Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) bersama Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital USM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) bersempena cuti sekolah, di sini hari ini.

Pengarah INFORMM Prof. Dr. Norazmi Mohd Nor pula berkata, program tersebut merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh pihak INFORMM bagi merapatkan hubungan dengan komuniti setempat.

untitledfyu

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak APAM yang sama-sama menjayakan program berkhatan dengan menyediakan dua buah ambulan bagi pengangkutan peserta berkhatan ini sekali gus dapat me­nyuburkan sifat keprihatinan dan kasih sayang sesama insan,” katanya dalam ucapan perasmian program tersebut.

Kanak-kanak berkenaan yang bakal menempuh alam dewasa itu dirai dalam satu sesi taklimat ringkas dan bacaan doa selamat sebelum sesi berkhatan dimulakan.

untitledughyu

Para peserta bukan sahaja menerima khidmat khatan daripada pakar perubatan Hospital USM secara percuma, malah turut dibekalkan ubatan untuk kegunaan susulan.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Wan Mohd Rasidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 865

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024