USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU GURU MARA TINGKAT KEMAHIRAN STEM

untitledgfhgth

PULAU PINANG, 2 Disember 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA) telah diberi kepercayaan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengendalikan Kursus Upskilling MRSM Teachers' Professional Development Programme.

Porgram ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara dalam beberapa matapelajaran.

Program empat hari ini yang bermula 28 November sehingga 1 Disember 2016 adalah satu projek kerjasama USM-MARA melibatkan seramai 52 orang guru yang mengajar subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan dari 52 cawangan MRSM seluruh Malaysia.

untitledgfhhty

mara90

“Program ini adalah salah satu program pembangunan staf MARA dalam usaha bagi meningkatkan kemahiran pengajaran pendidikan dalam matapelajaran Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dalam kalangan guru MRSM MARA,” kata Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Nor Uyon Shoib semasa sesi bertemu para peserta.

Program intensif ini dianjurkan bersama MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd dan mendapat sokongan penuh tenaga pengajar dari lima buah Pusat Pengajian (PP) di USM iaitu PP Ilmu Pendidikan, PP Sains Matematik, PP Sains Kimia , PP Sains Kajihayat dan PP Sains Fizik.

untitledgjfhyj

ppip90

“Bagi pihak Jawatankuasa pelaksanaan program ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada dekan-dekan Pusat Pengajian (PP) yang terlibat atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini,” kata Timbalan Dekan, PP Ilmu Pendidikan, Profesor Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail merangkap Penyelaras Program.

“Kami telah membuat persiapan rapi beberapa bulan lebih awal bagi menjamin keselesaan dan memberikan khidmat yang terbaik kepada para peserta memandangkan ini adalah program pertama yang diadakan di USM,” tambahnya.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 2085

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024