USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GUNA PENDEKATAN MENYELURUH SELESAI MASALAH KOMUNITI

kpt123

PULAU PINANG, 1 Disember 2016 - Ahli-ahli akademik universiti perlu kembali kepada fundamental dan melihat semula kaedah dalam memindahkan ilmu kepada masyarakat dengan keluar daripada kongkongan anutan mentaliti menara gading (ivory tower mentality) kepada peranan yang lebih holistik melalui pendekatan keterangkuman (inclusiveness) dan pemanfaatan kepakaran institusi pengajian tinggi demi faedah negara dan masyarakat.

Demikian ditegaskan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ketiga Pemindahan Ilmu 2016 di sini pagi ini. Perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Dr. Mary Yap Kain Ching.

kpt445

"Kita perlu melihat semula cara melakukan tanggungjawab yang ada dengan melihat usaha menyediakan penyelesaian (solutions) kepada masalah masyarakat dan melihat bagaimana dapat memainkan peranan dalam konteks keusahawanan sosial atau social entrepreneur dan 'entreprise innovation' melalui pendekatan menyeluruh dengan mengasimilisikan ilmu pengetahuan secara lestari untuk merealisasikan  quadruple helix atau konsep lingkaran empat pihak iaitu akademia universiti, industri perniagaan, komuniti dan kerajaan," kata beliau.

kpt803

kpt1245

Tambah beliau, hal ini penting terutamanya apabila Malaysia berhasrat menjadikan inovasi sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara dan membangunkan ekosistem inovasi merupakan lonjakan 7 PPPM (PT) dan universiti perlu menjadi juara kepada usaha ini.

Yang hadir sama dalam majlis ini ialah Pengerusi Program Pemindahan Ilmu Profesor Dato' Dr. Omar Osman dan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu Profesor Dr. Haslan Abu Hassan.

kpt667

kpt360

Persidangan ini disertai oleh kira-kira 150 orang peserta. Turut memberikan ucap utama dalam persidangan yang bertemakan Lifelong Learning Through Knowledge Transfer for Nation Capacity Building ialah Presiden Open University Profesor Dato' Dr. Mansor Fadzil, Presiden Malaysian Medical Relief Society (MERCY) Dato' Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus dan Pengerusi Commonwealth Youth Council Limited Kishva Ambigapathy.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1268

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024