USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HOSPITAL USM SERTAI KEJOHANAN FUTSAL TOURNAMENT FOR CHARITY 2016

untitledftyt

USM, KUBANG KERIAN, 1 Disember 2016 - Tiga pasukan futsal akan mewakili Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dalam Kejohanan Futsal yang bakal berlangsung pada 3 Disember 2016 di Bandar Baru Bangi.

Menurut Pengurus Pasukan, Dr. Muhammad Hafiz Hanafi, ini merupakan satu kejohanan futsal yang hanya melibatkan kakitangan perubatan di Malaysia dan dianjurkan oleh Islamic Medical Association Of Malaysia (IMAM).

"Penganjuran tahun ini adalah yang  terbesar melibatkan penyertaan sebanyak 50 pasukan yang bertanding dan seperti biasa Hospital USM tidak melepaskan peluang ini dengan menghantar tiga pasukan yang terdiri daripada 24 pemain di bawah bimbingan jurulatih Fauzi Idris," katanya.

Tambah Hafiz, penyertaan kejohanan ini adalah untuk memenuhi visi USM dalam memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

untitledfty5try

Jelasnya, di samping bersukan untuk kesihatan dan mengukuhkan hubungan silaturahim, platform sukan turut digunakan untuk tujuan amal.

"Kejohanan yang bertemakan 'Let’s Kick For Cure' turut mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim," katanya lagi.

Pasukan Hospital USM akan cuba memberi yang terbaik demi mengharumkan nama USM.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 626

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024