USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SUKSIS USM PLATFORM LAHIR PEMIMPIN MASA HADAPAN NEGARA

EAM 3730

USM, PULAU PINANG, 30 November 2016 - Penubuhan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi atau Kor Suksis Universiti Sains Malaysia (USM) dilihat bukan sahaja bertujuan melahirkan pelapis pegawai-pegawai Polis malah berpotensi melahirkan pemimpin masa hadapan buat negara.
 
Itu harapan Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Abdul Ghafar Rajab yang menyandarkan Kor Suksis USM mampu mewarisi kepimpinan negara dan tegar menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal dilalui negara pada masa mendatang.

EAM 3813

"Antara tujuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Kor Suksis di setiap IPT bukan sahaja untuk kepentingan Ko-Kurikulum semata-mata, malah lebih besar dari itu, iaitu ingin melahirkan seorang pegawai polis yang berpengetahuan, berintegriti tinggi serta mempraktikkan amalan disiplin yang sesuai dengan kriteria sebagai pemimpin.”

Tambahnya, menjadi harapan besar buat Kor Suksis USM jika satu masa nanti dapat memainkan peranan penting dalam susur galur kepimpinan negara serta dapat mempertingkatkan kemakmuran negara ke suatu tahap yang diharapkan.

EAM 3755

“Sehingga hari ini keahlian Kor Suksis seluruh IPT menjangkau 2,100 orang pelajar, dan anda semua merupakan aset berharga buat negara yang akan meneruskan perjuangan kesejahteraan dan keamanan negara dalam menjayakan wawasan 2020.

Beliau berucap di majlis Perjumpaan dan Sesi Dialog Ketua Polis Pulau Pinang bersama warga Kor Suksis USM yang diadakan hari ini di Kompleks Cahaya Siswa, Universiti Sains Malaysia (USM).

EAM 3774

Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Komandan Kor Suksis USM, ACP. Kehormat Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Dato’ Abdul Rahman Ibrahim dan pegawai-pegawai utama universiti dan PDRM.

Pada majlis itu, beliau sempat meluangkan masa berdialog bersama pelatih Kor Suksis dalam pelbagai isu semasa berkaitan masalah jenayah dan lain-lain.

EAM 3828

Selain itu, Ahmad Shukri berkata semenjak penubuhan Kor Suksis USM pada 30 Mei 2005, kita telah berjaya melahirkan seramai 521 pegawai sukarelawan polis yang telah tamat latihan dan seramai 55 orang kini telah menjawat jawatan Inspektor Polis.

“Apabila anda tamat selepas ini, anda membawa nama USM dan haruslah bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih mencabar, berhemah, bijaksana dan kreatif serta berfikiran terbuka selari dengan arus pembangunan globalisasi,” katanya.

EAM 3839

Beliau turut berharap Kor Suksis USM akan menjadi pemangkin ke arah mewujudkan sebuah universiti yang bebas dari jenayah dan mampu mengangkat martabat Polis Diraja Malaysia, sebagai penguatkuasa undang-undang yang bertaraf antarabangsa.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 3273

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024