USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TUKAR KEFAHAMAN DAN UBAH PARADIGMA PEMIKIRAN

IMG 0200

PULAU PINANG, 30 November 2016 – “Kita perlu mengubah cara dan paradigma pemikiran serta kefahaman hari ini untuk menentukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan,” demikian kata Timbalan Naib Canselor INTI International University Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Kebangsaan Ketiga Pemindahan Ilmu atau 3rd National Conference on Knowledge Transfer (NCKT) di sini hari ini.

“Ahli akademik perlu untuk mengaitkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dan disiplin serta tidak lagi boleh untuk bekerja secara silo.

IMG 0208

“Penyelidikan yang dijalankan perlu mempunyai metaanalisis bagi mengoptimumkan hasil kajian dan tidak lagi untuk menjadikan penyelidikan yang highly-cited sahaja,” tambah Ibrahim yang menyampaikan ucaptama bertajuk “Knowledge Transfer for National Capacity Building”.

Ibrahim yang juga Presiden National Institute of Educational Management and Leadership (IAB) berkata selain program-program pemindahan ilmu, turut perlu diberi perhatian adalah knowledge creation yang bermaksud mewujudkan ilmu-ilmu baharu.

“Institusi pengajian tinggi bukan sahaja pengguna ilmu tetapi penggubal atau creator of the knowledge, oleh itu bekerjasamalah dengan pihak yang mempunyai ilmu dan kepakaran tersendiri,” tambah Ibrahim.

IMG 0203

IMG 0192

Turut hadir adalah Pengerusi Program Pemindahan Ilmu Profesor Dato’ Dr. Omar Osman; Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu USM Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan dua orang lagi pengucaptama iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Modal Insan), Unit Perancang Ekonomi Johan Mahmood Merican dan Presiden, Malaysia College of Veterinary Specialists (MCVS) Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman.

Seramai lebih 150 orang peserta menyertai persidangan dua hari ini dan turut diadakan pameran produk-produk hasil daripada KTP yang telah dijalankan.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1035

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024