USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CEO FACULTY TALK SERIES: SESI PERKONGSIAN BERSAMA JOHAN MAHMOOD MERICAN UNTUK TINGKATKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

untitledffgvgf

USM, PULAU PINANG, 28 November 2016 - Universiti Sains Malaysia melalui Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC) dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan akan menganjurkan Siri Syarahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Talk Series) yang akan menampilkan Timbalan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Johan Mahmood Merican berkongsi pengalaman luasnya dalam menerajui pelbagai organisasi besar termasuk Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) bersama warga kampus pada hari Rabu, 30 November 2016, jam 2.00 petang di Dewan Persidangan Universiti, USM Pulau Pinang.

CEO Faculty Talk bertindak sebagai platform untuk kerjasama universiti dan industri untuk mendedahkan staf akademik dan pelajar kepada industri selain membolehkan dialog antara pihak industri dan warga kampus USM terutamanya pelajar melalui sesi perkongsian khusus dengan Ketua Pegawai Eksekutif terplih demi meningkatkan kebolehpasaran graduan berdasarkan keperluan industri.

Turut diadakan ialah majlis pelancaran Industry Engagement Zone atau Ind-E-Zone iaitu pusat sehenti maklumat kerjaya yang akan diperkenalkan oleh TalentCorp sebagai sebuah platform kepada para pelajar USM yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang internship, latihan dan kerjaya dengan industri utama di Malaysia.

Di samping itu, akan diadakan juga taklimat tentang MyASEAN Internship dan pelantikan USM-TalentCorp Graduate Employability Avengers.

Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 924

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024