USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JUARA PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI ANTARABANGSA MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA 2016

15203320 1238164122911285 778446107740484000 n

PULAU PINANG, 27 November 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah berjaya memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2016.

USM di bawah Pusat Pengajian Komunikasi diwakili oleh penasihatnya Dr. Adrian Lee Yuen Beng dan dibantu oleh 3 orang pelajarnya iaity Bernard, Chan serta Tee dan selaku juara USM membawa pulang wang tunai bernilai RM4,000.00.

Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni Pusat Pengajian Komunikasi USM, Dr. Nik Norma Nik Hasan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dengan kejayaan yang dikecapi ini.

Program sebenar adalah Walk the Talk Stop Violence Against Women "Community Against Violence Zero" yang merupakan kerjasama antara Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan disokong oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF) dan Majlis Organisasi Wanita Kebangsaan (NCWO) yang berlangsung di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1117

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024