USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN WARNAI MALAM KEMUNCAK KARNIVAL KAMPUS KESIHATAN 2016

15268045 1236860919708272 4684037426207441159 n

KUBANG KERIAN, 27 November 2017 – Buat julung kalinya persembahan kebudayaan menghiasi pentas mewarnai malam kemuncak Karnival Kampus Kesihatan 2016. 

Persembahan tarian Bhangra sebagai pembuka tirai mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang memenuhi Dewan Utama Kampus Kesihatan.

Berucap semasa merasmikan Malam Kebudayaan serta penutup Karnival Kampus Kesihatan 2016, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, penganjuran karnival pada kali ini mencetuskan inspirasi baharu dengan adanya penglibatan secara menyeluruh antara mahasiswa dan masyarakat luar.

15219388 1236860959708268 1798364448025234163 n

15230772 1236860926374938 4366307009131324880 n

“Bertepatan dengan tema ‘Unity in Diversity’, karnival yang dianjurkan pada kali ini melahirkan rasa kebersamaan dan keprihatinan mahasiswa untuk mendekati masyarakat setempat melalui program-program yang diadakan seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, kejohanan sukan serta ekspo jualan produk keusahawanan.

“Apa yang lebih menarik, pada malam ini kita akan dapat menyaksikan persembahan kebudayaan pelbagai bangsa oleh mahasiswa USM dan saya turut merasa terharu kerana pada malam ini kita menerima kehadiran rakan-rakan mahasiswa daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kelantan dan yang lebih menarik, mereka turut membuat persembahan,” katanya.

 

15241228 1236860976374933 2650461349240469707 n

Menurut Asma, ini merupakan satu kejayaan yang besar apabila jalinan hubungan dan kesepakatan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kini diperluaskan lagi dengan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan diharapkan ianya berterusan kerana mampu mewujudkan pemikiran yang lebih universal dan melahirkan graduan yang holistik.

Penonton yang memenuhi Dewan Utama dihidangkan dengan persembahan tarian tradisional Melayu, Cina, India, Sikh, Borneo serta persembahan lawak jenaka. 

15253505 1236860563041641 6594053600984078102 n

Turut hadir ialah Mantan Pengarah Kampus, Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed; dekan-dekan Pusat Pengajian serta ketua-ketua jabatan. Dianggarkan seramai 1,500 orang penonton hadir menyaksikan persembahan tersebut.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Muhamad Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 1289

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024