USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL BERMULA HARI INI

EAM 3432

USM, PULAU PINANG, 25 NOVEMBER 2016 – Pesta Hoki USM-Penang International anjuran Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia (USM) akan bermula hari ini bagi penganjuran kali ke-43.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan, Pesta Hoki kini memperlihat kemampuan, kegigihan dan komitmen mahasiswa-mahasiswi dengan lebih jelas.

“Saya berharap 10 tahun yang akan datang, penganjuran dan pengelolaan Pesta Hoki dapat menerjah fokus utama sebagai universiti APEX dalam pembangunan bakat pelajar yang berupaya untuk bersaing di peringkat global dalam bidang akademik, kemahiran insaniah dan pembentukan jati diri yang cemerlang dan holistik,” tambahnya yang mewakili Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

EAM 3420

“Berusahalah dengan penuh semangat kesukanan dalam suasana riang dan jadikan penganjuran Pesta Hoki USM-Penang International kali ke-43 ini sebagai kenangan manis buat semua,” kata Muhamad ketika majlis makan malam bagi mengalu-alukan peserta merasmikan Pesta Hoki.

Pengarah Projek Pesta Hoki, Mohamad Azri Faez Basri berkata Pesta Hoki USM pada tahun ini dengan slogan ‘Teamwork Makes Dream Work’ memperlihat semangat kesatuan dalam kalangan ahli sekretariat dalam menjayakan Pesta Hoki.

“Logo Pesta Hoki kali ke-43 ini juga menampakkan kesatuan dan kerjasama yang dimiliki selain warna kuning yang digunakan bagi menampilkan kejayaan yang telah diperolehi dan bakal diperolehi pada masa akan datang,” tambah Muhamad Azri.

EAM 3443

EAM 3460

Tema Majlis Makan Malam Rasmi Pesta Hoki USM mengetengahkan konsep ‘Hockey Turf’ melalui perhiasan dewan.

Pesta Hoki kali ini disertai oleh lebih 300 pasukan termasuk dari India, Sri Lanka, Thailand dan Pakistan dan mempertandingkan 10 kategori iaitu Boys U-12, Girls U-12, Boys U-15, Girls U-15, Ladies U-18, Mens U-18, Varsity Men, Varsity Women, Mens Open, Womens Open dan Mens Veteran akan berlangsung di Padang Minden dan Stadium Hoki USM mulai hari ini sehingga 27 November ini.

hoki89

Turut hadir adalah isteri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Madya Datin Suraiya Kassim; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan isteri Datin Dr. Aishah Knight dan Pengarah Pusat Sukan, Muhamad Mohd Hanif.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1367

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024