USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARGA KAMPUS DIJEMPUT SERTAI PERARAKAN KONTINJEN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 1438H

15135979 1231219116939119 8338565981612720153 n

USM, PULAU PINANG, 23 November 2016 – Warga kampus Universiti Sains Malaysia (USM) dijemput bersama-sama memeriahkan kontinjen USM sempena perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Bertemakan ‘Al Islam Rahmatun Lil Alamin’, sambutan kali ini akan diadakan pada hari Isnin, 12 Disember 2016 bertempat di dua lokasi iaitu Padang Kota dan Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.Menurut Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Aisyah Abdul Raffar, penyertaan ini terbuka kepada semua kakitangan USM termasuklah para pelajar yang berminat.

“Penyertaan dibuka untuk semua kakitangan, pelajar USM tempatan mahu pun luar negara yang berminat untuk bersama-sama kontinjen USM memeriahkan sambutan hari penuh kemuliaan ini.”

Jelasnya, saban tahun USM sentiasa memberikan kerjasama dan menyertai perarakan menunjukkan sokongan USM terhadap program memartabatkan perjuangan baginda Nabi Muhammad S.A.W.

“Tahun ini kita memerlukan lebih daripada 50 penyertaan, dan menjadi harapan USM jika warga kampus dapat meluangkan masa menunjukkan sokongan buat USM bagi menyertai perarakan tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, pakaian khas bagi tujuan perarakan akan diberikan secara percuma kepada yang berminat menyertai.

Kepada yang berminat, boleh memberikan nama anda kepada:

Puan Siti Aishah Abdul Raffar
Tel: 04-6536076
Hp: 016-3833449
e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Rozie Aniza
Tel: 04-6532422
Hp: 012-4355800
e-mail:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1204

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024