USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONSERT USM JAZZBAND: 20 TAHUN PENGHASILAN KARYA MUZIK

14956508 1807019169519081 6479280473949599656 n

USM, PULAU PINANG, 23 November 2016 - Tahun 2016 merupakan detik bersejarah buat USM Jazz Band bagi meraikan 20 tahun penubuhan kelab ini yang bergiat aktif menghasilkan karya muzik sejak tahun 1996.

Bagi memeriah dan meraikannya, warga kampus dan orang ramai dijemput hadir ke konsert ‘DOUBLE DECADE IN ACTION’ USM Jazz Band yang bakal diadakan pada hari Sabtu ini, 26 November 2016, jam 8.00 malam bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia (USM).

Konsert tersebut bakal dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari pelbagai Pusat Pengajian  yang diketuai oleh pengasas serta konduktor USM Jazz Band yang terkemuka, Prof. Dr. Razif Mohd.

Konsert ini juga tidak sekadar mempersembahkan pelajar-pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM), malah individu-individu yang berbakat dari pelbagai institusi dan sekolah antaranya ahli-ahli muzik dari Thaksin University of Songkhla, Thailand serta ahli-ahli muzik dari Penang Free School.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan konsert kali ini bagi meraikan ulang tahun ke-20 USM Jazz Band dan pengembaraan ilmu seni muzik Prof. Dr. Razif Mohd. selama dua puluh tahun bersama USM Jazz Band.

Untuk mendapatkan tiket konsert dan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Andy Siti Nurhidayah Rahim, Pegawai Kebudayaan, Dewan Budaya USM, di talian +6012-6824449 atau sekretariat bertanggungjawab seperti di bawah:

Chua Hui Jing - +6017-9332858
Eng Kai Lun - +6016-5078288
Ong Xiao Chuan - +6014-3032013

Untuk maklumat lanjut di media sosial, sila kunjungi USM Jazz Band di Facebook, Instagram dan Twitter.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 733

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024