USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MINGGU ANTARABANGSA KE-11 PROMOSI KEPELBAGAIAN DAN KEUNIKAN BUDAYA ANTARABANGSA

 untitleddfvfd

USM, PULAU PINANG, 22 November 2016 - Minggu Antarabangsa ke-11 Universiti Sains Malaysia (USM) tahun ini mempromosikan kepelbagaian budaya negara-negara serta keunikannya kepada warga USM.

Menurut Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) USM, Profesor Dr. Azman Samsudin, minggu antarabangsa ini merupakan acara tahunan dalam kalender aktiviti pelajar-pelajar antarabangsa USM yang mempamerkan kebudayaan negara-negara terlibat.

"Sebagai sebuah komuniti global, program sebegini penting dalam mempamerkan identiti kebangsaan serta mempromosikan budaya, permainan dan makanan negara-negara terlibat dan diharapkan ianya dapat memperkasakan keharmonian, perpaduan serta kerjasama antara negara terlibat," katanya ketika merasmikan Minggu Antarabangsa ke-11 hari ini.

untitledfghdf

Kemuncak Minggu Antarabangsa ke-11 kali ini adalah Malam Gala pada hari Khamis 24 November 2016 yang akan berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) yang menampilkan hampir 20 negara membuat persembahan kebudayaan negara masing-masing. Antaranya adalah negara Malaysia, Thailand, Denmark, Iraq, India, Iran, Nigeria, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan juga persembahan khas Kungfu oleh peserta.

Yang turut hadir ke majlis perasmian ini adalah Penasihat Postgraduate Student Association (PSA) USM Profesor Madya Dr. Anees Janee Ali@Hamid.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 882

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024