USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ICN 2016 RAIKAN KEKAYAAN DAN KEPELBAGAIAN BUDAYA INDONESIA

IMG 0246

USM, PULAU PINANG, 19 November 2016 - Bertemakan West Java atau sinonim dengan lokasinya iaitu Bandung, Indonesia, Malam Kebudayaan Indonesia (ICN) 2016 menampilkan persembahan khas dari penari profesional dan pementasan drama teater.

Menurut Pengarah Projek ICN 2016, Mohd Irman, ICN merupakan acara tahunan Persatuan Pelajar Indonesia yang mempamerkan kebudayaan Indonesia kepada semua penonton dan malam ini persembahan khas dari Universitas Pendidikan Indonesia Bandung.

"ICN juga adalah platform penting untuk pertukaran budaya antara negara Malaysia dan Indonesia melalui pelajar-pelajar Indonesia," katanya.

Bagi Presiden Persatuan Indonesia USM, Abdul Rahman Hakim pula, dalam era globalisasi kini, generasi kini makin lupa akan kebudayaan asal-usul masing-masing, dan dengan adanya program sebegini, ianya dapat menyuburkan semula pemikiran semua berkaitan perkara ini.

IMG 0262

IMG 0264

Sementara itu, menurut Naib Konsul Informasi, Sosial dan Kebudayaan Indonesia di Pulau Pinang, Ibu Isana Mandasari, malam kebudayaan hari ini adalah malam untuk meraikan kekayaan dan kepelbagaian budaya Indonesia. 

"Pihak konsulat juga sentiasa menyokong dan memberi ruang kepada pelajar-pelajar dari Indonesia untuk mengadakan program sebegini yang dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain selain berhibur," katanya.

IMG 0279

IMG 0295

IMG 0335

Yang turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Penolong Pendaftar Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya USM Aizat Hisham Ahmad.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 984

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024