USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DIDIK BELIA BANTERAS DARIH (DADAH, ARAK, ROKOK, INHALAN & HIV AIDS)

15073402 374390232904238 1236307433983188439 n

PULAU PINANG, 19 November 2016 - Kelab Kerja Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) kelmarin mengadakan program eksplorasi Darih selama separuh hari iaitu program yang bersifat membanteras penyalahgunaan Dadah, Arak, Rokok, Inhalan dan HIV AIDS melalui modul-modul aktiviti dan permainan bersama peserta.

Program ini telah melibatkan hampir 111 pelajar tingkatan 2-4 dan guru dari 37 buah sekolah sekitar daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan merupakan anjuran Pusat Racun Negara USM dengan kerjasama Kelab Kerja Sosial USM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), RADA Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan lain-lain lagi.

15027651 374390409570887 6928613241218888616 n

15078982 374390506237544 1693555939760272484 n

Antara program yang dijalankan ialah taklimat oleh wakil AADK tentang bagaimana untuk mengelakkan pelajar dari terjebak dengan DARIH serta dialog wakil PPD kepada Guru manakala pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti di check point yang telah ditetapkan.

Rata-rata peserta berterima kasih dengan penganjuran program sebegini dan berharap ia mampu memberi pengetahuan berguna dan menjauhkan para belia daripada mendekati Dadah, Arak, Rokok, Inhalan dan HIV AIDS.

15094495 374389999570928 8278932439217866029 n

15095521 374390359570892 7547788216345176595 n

Ketua Fasilitator bagi program ini, Shukur Yusof berharap semua peserta dapat mengambil iktibar dan membanteras penyalahgunaan DARIH untuk mewujudkan negara yang aman dan makmur serta masyarakat yang sihat.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Kelab Kerja Sosial USM

  • Created on .
  • Hits: 2330

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024