USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CEMERLANG AKADEMIK DAN SAHSIAH – TNCAA

IMG 0023

PULAU PINANG, 18 November 2016 – “Kita bukan sahaja mahu melahirkan generasi yang cemerlang akademik malahan cemerlang sahsiah, cergas fizikal dan mantap emosi,” kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal ketika merasmikan sambutan Hari Kokurikulum USM bagi sidang Akademik 2016/2017 di sini hari ini.

Hal ini juga adalah selaras dengan tema Hari Kokurikulum pada tahun ini iaitu ‘Ko-kurikulum Pemangkin Kecemerlangan Sahsiah Pelajar’ dan aktiviti kokurikulum menjadi pelengkap kepada kitaran pendidikan.

“Penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut akan dapat melengkapkan elemen penting seperti disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti, inovasi dan kecintaan terhadap alam semula jadi dan menjadi jati diri bagi setiap pelajar USM,” tambah Ahmad Shukri.

koncor56

konory45c

IMG 0070

Menurut Falsafah Pendidikan Negara, dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelektual, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut.

Pengarah Projek Hari Kokurikulum Sidang Akademik 2016/2017, Mohammad Azizol Aziz pula berkata, “konsep yang kami ingin terapkan kepada setiap pelajar adalah mewujudkan nilai kemanusiaan sebagai sumber inspirasi serta menjadikan institusi iaitu USM sebagai pemangkin dalam pembangunan sahsiah.”

IMG 0085

Hadirin sangat teruja dengan persembahan seni mempertahankan diri dari para pelajar iaitu Seni Silat Cekak, Taekwando dan juga Karate.

Turut hadir adalah Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM, Profesor Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman; Penyelaras Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan USM, Dr. Mohd Salman bin Abu Mansor dan tenaga-tenaga pengajar rancangan kokurikulum di USM. 

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1796

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024