USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONVENSYEN ISU-ISU ISLAM SEMASA BINCANG ANCAMAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME TERHADAP KESELAMATAN NEGARA

15094237 1391059564268319 3410185661878306221 n

SELANGOR, 18 November 2016 - Konvensyen Isu Isu Islam Semasa - Ancaman Radikalisme dan Ekstremisme Kepada Keselamatan Negara sedang berlangsung dari 18-20 November 2016 di Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Konvensyen tersebut mengumpulkan para pakar dalam bidang Radikalisme dan Ekstremisme untuk membincangkan serta membentang perkara berkaitan dengan keselamatan negara kepada pelajar-pelajar UiTM.

Antara pembentang yang terlibat adalah Timbalan Pengarah 1 Institut Wasatiyyah Malaysia Dr. Mohd Afandi Mat Rani dengan tajuk Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Melalui Pendekatan Wasatiyyah; Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Tuan Haji A.Karim Omar dengan tajuk Percaturan Geo Politik Dunia dan Kesannya Terhadap Masa Depan Umat Islam; Dekan Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman dengan tajuk Jihad dan Keperluannya Pada Masa Kini dari Perspektif Fiqh Kontemporari dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM Bukit Aman YDH SAC Dato' Ayub Khan Mydin Pitchay dengan tajuk Terrorism, Radikalisme & Ekstremisme: Ancaman dan Bahaya Kepada Masyarakat Malaysia.

15135815 1391059680934974 1893110970601688388 n

Terdahulu hari ini berlangsung temuramah khas berkaitan konvensyen ini dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam (JAHEIS) Dato' Prof. Dr. Muhammad Idiris Saleh yang juga merupakan Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia di TV9 untuk siri Nasi Lemak Kopi O.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1353

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024