USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC BINCANG POTENSI TAWAR KURSUS PERGIGIAN DI KAMPUS USM-KLE

15032118 1223343047726726 1969304224436642312 n

KARNATAKA, INDIA, 18 November 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail kelmarin mengadakan pertemuan dengan Pengarah USM-KLE International Medical Programme, Dr. H.B. Rajasekhar dalam rangka lawatan rasmi pendidikannya ke India.

Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara berkaitan dengan halatuju kampus USM-KLE dibincangkan serta juga perbincangan berkenaan dengan potensi untuk menawarkan kursus Pergigian di kampus persisir tersebut.

Selain itu, perbincangan berkenaan potensi bagaimana untuk mendapatkan jumlah pelajar yang lebih ramai untuk meneruskan pengajian di USM-KLE (sponsored student) turut diutarakan.Naib Canselor dalam pada masa yang sama turut menyampaikan amanatnya kepada pelajar-pelajar USM-KLE.

Turut hadir dan menyampaikan pembentangan berkaitan Program yang ditawarkan di USM-KLE ialah Profesor Dr. Kamarudin Jaalam.

Sejurus selepas pertemuan ini, Naib Canselor hadir untuk bertemu dengan pemimpin pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus tersebut dan menyerahkan Watikah pelantikan sebagai MPP kepada Pelajar Tahun 2 USM-KLE, Muhamad Ridzuan Jamian.

Pelajar USM-KLE turut mengadakan persembahan dalam majlis ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 822

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024