USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CABARAN BESAR MENANTI, PENGARAH KAMPUS BAHARU HARAPKAN KERJASAMA SEMUA PIHAK

untitledhgh

KUBANG KERIAN, 15 November 2016 – Tugas dan tanggungjawab besar perlu digalas bagi memastikan Kampus Kesihatan terus cemerlang, demikian kata Pengarah Kampus Kesihatan dan Hospital Universiti Sains Malaysia yang baharu Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim.

Beliau yang ditemui di Majlis Bingkisan Mantan Pengarah Kampus berkata, pelantikan yang diterima memberikan cabaran yang sangat besar kepadanya kerana telah berlaku banyak perubahan daripada pengurusan terdahulu terutama di hospital dan Mantan Pengarah telah membentuk satu tapak atau landasan yang tinggi bagi Kampus Kesihatan.

“Bila sampai ke peringkat ini, tahap cabarannya lebih tinggi dengan kekangan kewangan namun semua ini telah diperincikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) yang diperkenalkan oleh kementerian dan menggariskan agar universiti lebih berdaya saing terutama dari segi penjanaan kewangan.

untitledf

“Kita akan sama-sama meneruskan usaha dan mengekalkan kecemerlangan yang ditinggalkan oleh Mantan Pengarah dengan hala tuju cabaran universiti baharu di bawah Naib Canselor baharu untuk menggerakkan agenda nasional tersebut,” tambah beliau.

Sukari turut mengharapkan agar semua staf bekerja sebagai satu pasukan yang mantap bagi menzahirkan apa yang diperincikan dalam PPPM-PT dengan menggunapakai segala kepakaran yang ada sebagai platform untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Muhammad Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 1863

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024