USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UNIVERSITI PERLU TAWAR PROGRAM PENDIDIKAN TERBUKA

DSC 7526

PULAU PINANG, 14 November 2016 - Universiti perlu melaksanakan pendidikan secara terbuka selaras dengan pendidikan secara fleksibel untuk memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja mahir secara terbuka di masa hadapan serta dapat menyesuaikan dengan keadaan semasa dan tidak terikat dengan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia semata-mata.

Demikian ujar Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang mahukan para pendidik kini perlu memberi fokus pada kurikulum yang berlandaskan konsep penyelesaian masalah dan perubahan yang dihadapi kini adalah yang 'editable'.

DSC 7567

Katanya, generasi pendidikan kini perlu ubah pemikiran dalam pengajaran serta pembelajaran dan mengadaptasikannya dengan generasi Z waktu kini agar matlamat ini dapat direalisasikan.

"Untuk melahirkan guru yang berkualiti, fungsi dan peranan guru perlu ditransformasikan agar sejajar dengan perubahan pendidikan abad ke-21. Justeru, menjadi tanggungjawab semua Universiti Awam yang menawarkan program pendidikan untuk menyahut cabaran ini," jelasnya.

Tambahnya, sebagai sebuah universiti yang diberikan taraf APEX, PP Ilmu Pendidikan USM perlu menjadi ‘champion’ dalam membentuk karakter guru abad ke-21 dan guru-guru alaf baharu ini perlu menjadi ‘role model’ dan bersedia untuk membuat anjakan paradigma dengan menukar persepsi guru sebagai pemberi maklumat kepada guru sebagai fasilitator ilmu.

DSC 7589

"Dengan itu, guru abad ini seharusnya berfungsi dan berperanan sebagai adaptor, communicator, learner, visionary, leader, model, collaborator dan risk taker manakala pembelajaran efektif perlulah bersifat challenging, caring, captivating, conferring, clarifying, consolidating dan controlling," katanya ketika merasmikan Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia tahun 2016.

Tambahnya, pendidikan abad ke-21 ini memberikan penekanan seimbang kepada tiga elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu, peranan guru, ciri pelajar dan juga iklim bilik darjah.

ppip98

"Hal ini kerana guru yang berkualiti dengan membudayakan amalan pengajaran yang efektif pasti akan dapat menghasilkan modal insan alaf baru yang memiliki ciri-ciri 4C iaitu critical thinker, communicator, collaborator, job creator dan ciri-ciri pelajar seperti inilah yang diperlukan oleh majikan dalam memenuhi tuntutan pasaran dunia pekerjaan masa kini," jelas lanjutnya.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1319

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024