USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERKASA TVET - PEMBANGUNAN HOLISTIK GRADUAN GENERASI KINI UNTUK TENAGA KERJA MASA HADAPAN NEGARA

tabung45

PULAU PINANG, 14 November 2016 - Technical, Vocational, Training and Education (TVET) merupakan antara perkara penting yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan kemahiran masyarakat negara Malaysia untuk pengisian sektor tenaga kerja masa hadapan.

Demikian menurut Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dato' Dr. Zakaria Kasa dalam ucaptama sempena Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Universiti Awam 2016 yang bertajuk Memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Katanya, TVET penting untuk mempersiapkan para tenaga kerja mahir di sektor-sektor pekerjaan dalam negara kelak dan graduan yang dihasilkan adalah yang berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi dan TVET dan tenaga kerja perlulah bersifat global, proaktif, produktif, kreatif, inovatif, penglibatan industri dan yang berkaitan.

DSC 7423

"Program "2u2i" merupakan salah satu inisiatif untuk merealisasikan perkara ini dan pihak industri dan universiti perlu sanggup untuk menerima para pelajar yang terlibat," jelasnya.

Dalam Pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini, 9 Institusi Pendidikan Guru (IPG) dicadangkan menjadi 4 politeknik, 4 kolej vokasional dan 1 pusat TVET untuk jurulatih dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

haji67

Yang turut hadir ke ucaptama ini adalah Pengerusi Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Profesor Dr. Baharuddin Aris, Penasihat Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Profesor Dato' Dr. Abdul Rashid Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM merangkap pengerusi Jawatankuasakerja Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2016 Profesor Dr. Hairul Nizam Ismail dan Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Pembangunan Pelajar USM dan Penyampai Ucaptama Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2016 Profesor Dr. Abdul Karim Alias.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1380

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024