USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HOSPITAL USM MASIH GUNAKAN KADAR PERKHIDMATAN LAMA

PULAU PINANG, 1 April 2015 - Hospital USM di Kampus Kesihatan Kelantan belum mengenakan caj perkhidmatan tambahan kepada pesakit walau pun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mula berkuatkuasa hari ini.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menjelaskan walau pun Hospital USM sebagai hospital pengajaran  belum diberikan pengecualian GST, caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pesakit masih sama tertakluk kepada sebarang perubahan dan arahan dari pihak-pihak yang berkaitan pada masa hadapan.

“Pada masa ini kita belum bercadang berbuat demikian dan berharap pengecualian akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh pihak berkenaan dalam masa terdekat sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah institusi pendidikan,” kata Omar.

Hospital USM adalah hospital pengajaran yang menyediakan tempat untuk pelajar-pelajar ijazah pertama dan ijazah tinggi dalam bidang Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan di samping kepakaran perubatan dan kesihatan yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat terutamanya di Pantai Timur.

Dalam pada itu, selaras dengan pelaksanaan GST, USM turut menyediakan kaunter khas oleh Jabatan Bendaharinya di Kampus Induk di Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan Kelantan.

“Kaunter ini akan memberi bantuan kepada semua pihak terutamanya dalam kampus berkaitan dengan perkara ini untuk memastikan hal ini berjalan lancar,” tambah Omar. – Teks: Mohamad bin Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 1582

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024