USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIH 5 EMAS DI KARNIVAL SUKAN MASUM FASA 2

untitledghg

KANGAR, 13 November 2016 - Atlet Karate Universiti Sains Malaysia menepati ramalan selaku pilihan utama apabila menggondol empat pingat emas apabila Loh Chun Seng menerusi Acara Kata sebagai penyumbang emas pertama buat Kem USM pada Karnival Sukan MASUM Fasa 2 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) selama lapan hari menjadi saingan 20 universiti awam Malaysia.

Pada saingan hari kedua, atlet Karate USM terus menjadi tumpuan apabila membawa pulang dua pingat emas melalui acara Kumite apabila Kuan U Gene dan Nur Nazarith Sofia mencipta kejayaan buat Kontingen USM.

Chew Hun Tiong atlet program warga sukan USM juga menepati ramalan dalam acara Kumite Karate untuk hari ketiga Karnival MASUM Fasa 2 apabila berjaya mendapat emas keempat Kontingen USM sekaligus meletakkan USM di kedudukan kedua keseluruhan pungutan pingat bagi saingan hari ketiga.

untitledghjhh

Sementara itu Pasukan Bola Keranjang Lelaki USM berjaya menuai emas kelima dan terakhir saingan MASUM Fasa 2 sebelum upacara penutupan setelah menundukkan pasukan tuan rumah UNIMAP (61-41) dan Pasukan Bola Keranjang Lelaki USM berjaya mencipta kemenangan mutlak dan tidak pernah kalah sejak di awal saingan hingga ke perlawanan akhir.

 sukan15

untitledghgnbvgn

Gandingan bergu Tenis USM iaitu Badrul Ikram Asri dan Sheikh Ahmad Faiz Ismail hampir mencipta kejutan terhadap  pilihan pertama kejohanan dari UITM pada saingan separuh akhir dalam acara tenis bergu lelaki. Beregu USM itu juga berjaya menduduki di tangga keempat saingan apabila tewas dalam penentuan pingat gangsa.

untitledhnhg

Pasukan Sofbol Wanita, Bola Keranjang Wanita USM dan pasangan beregu tenis wanita USM juga berjaya melayakkan diri ke saingan suku akhir.

Kontingen USM pada kali ini tidak mengecewakan apabila berjaya menempatkan diri di tempat keempat carta kedudukan pingat keseluruhan apabila memperolehi lima emas di temasya Karnival Sukan MASUM Fasa 2, UNIMAP 2016.

Teks: Mahadzer Mokhtat Sheriff / Hafiz Meah Ghouse Meah

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1646

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024