USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGERUSI LGU UCAP TAHNIAH KEPADA PARA PENERIMA PINGAT DAN DARJAH KEBESARAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

15078758 1220034341390930 8728526927137929374 n

KOTA BHARU, KELANTAN, 12 November 2016 - Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-47 D.Y.M.M Sultan Muhamad Ke-V hari ini.

"Secara peribadi serta bagi pihak semua ahli LGU saya rakamkan tahniah dan bersyukur atas penganugerahan tersebut yang tentunya akan menyemarakkan lagi semangat untuk terus menyumbang kepada universiti, negeri dan negara dengan lebih cemerlang," kata Zulkefli.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail turut merakamkan ucapan yang sama kepada semua penerima.

"Ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan warga USM kepada negeri Kelantan dan negara umumnya.

"USM menjunjung setinggi-tinggi kasih atas pengurniaan tersebut," kata Asma.

Beliau berharap mereka yang menerima anugerah ini akan menjadikannya sebagai dorongan untuk terus memberikan sumbangan cemerlang kepada universiti, negara apatah lagi kepada negeri Kelantan.

Yang menerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Setia Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) dengan gelaran Dato' ialah mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad bin Hj Zakaria manakala Pensyarah dan Pakar Neurosurgeri Jabatan Neurosains Profesor Dr. Zamzuri bin Idris dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K).

Penerima-penerima lain ialah:

Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K)

1. Ir Norazman bin Mahamood
Timbalan Pengarah Kanan
Jabatan Pembangunan, Kampus Kesihatan

2. Dr. Ramiza Ramza bin Ramli
Pensyarah Kanan
Jabatan ORL - HNS
PP Sains Perubatan, Kampus Kesihatan

Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K)

1. Hasnan bin Ismail
Penolong Pegawai Farmasi
Jabatan Farmasi, Hospital USM

Bintang Seri Kelantan (S.K)

1. Fatimah binti Desa
Jururawat
Sekretariat Kualiti
PP Sains Perubatan, Kampus Kesihatan

2. Zainun binti Mat Noor
Ketua Jururawat 4 Selatan
Hospital USM

3. Abdul Rahman Mustaffa
Juruteknologi Pergigian
PP Sains Pergigian, Kampus Kesihatan

Ahli Kelantan (A.K)

1. Nasir bin Wan Mohamad
Pembantu Tadbir Kanan
Unit Rekod Perubatan, Hospital USM

Bintang Pingat Taat (P.T)

1. Abdul Aziz bin Mamat
Pemandu Kenderaan Kanan
Jabatan Pembangunan,
Kampus Kesihatan

2. Nik Ismail bin Raja Hassan
Pembantu Awam
Jabatan Pembangunan, Kampus Kesihatan

Syabas dan tahniah kepada semua.

  • Created on .
  • Hits: 1372

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024