USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEPUASAN GAMIT KENANGAN BERTEMU KEMBALI SETELAH 25 TAHUN - ZAKARIA

untitledfbvbvf

USM, PULAU PINANG, 12 November 2016 - Pertemuan Alumni Pusat Pengajian Komunikasi (PPK) tahun 1987-1991 yang berjaya dilaksanakan hari ini membuktikan dengan perkembangan teknologi, segala masyarakat dari rata-cerok pelusuk dunia mampu berkomunikasi antara satu sama lain seterusnya disatukan dalam majlis sebegini.

Demikian ujar Urusetia majlis Jalinan Silaturahim bekas pelajar PPK USM 1987-1991, Zakaria Basheer Ahmad Basheer ketika ditemuramah hari ini di bangunan C10 yang bagi beliau mempunyai 1001 kenangan ketika zaman universitinya dahulu.

Menurut Zakaria, dengan adanya aplikasi Whatsapp, inisiatif yang digerakkan oleh Pengerusi Lembaga Zakat Pulau Pinang, Dato' Azman A. Samat sejak tahun 2015 ini telah berjaya mengumpulkan seramai 47 orang rakan sebaya mereka sehinggalah tercapainya penganjuran majlis hari ini.

"Kami berasa teruja dan gembira kerana dapat berjumpa antara satu sama lain setelah hampir 25 tahun berlalu walaupun tidak semua yang hadir pada hari yang penuh makna ini," katanya.

Pun begitu katanya, walaupun tidak ramai yang hadir, akan tetapi ukhwah yang terbina ini telah memberi satu kepuasan dengan mengenang kembali suka-duka pahit manis bersama 25 tahun lalu di menara ilmu ini.

untitledfvffvg

Tambahnya, majlis hari ini merupakan kayu ukur dan titik tolak untuk terus mencari rakan-rakan lain yang masih belum menyertai kumpulan alumni ini kerana pada ketika itu ramai pelajar PPK berasal dari pantai timur.

Zakaria juga memaklumkan pada 10 Disember ini ketika minggu Impact PPK, mereka akan mengadakan pemilihan AJK Alumni PPK baharu bagi sidang 2016/2017 untuk menghidupkan semula program-program yang menjurus kepada penyatuan para alumni PPK.

Rata-rata alumni lain yang hadir menyatakan bahawa banyak pembangunan dan perubahan yang dapat dilihat di USM dan segalanya ini menunjukkan USM terus maju kehadapan dari segala aspek.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Muhammad Firdaus Khiruddin

  • Created on .
  • Hits: 880

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024