USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAYANGI NEGARA DAN JAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT

 DSC7186

Pulau Pinang, 12 November 2015 - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPng), Datuk Seri Zainal Abidin Osman hari ini menyeru para pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan pada masa hadapan.

"Para pelajar perlu sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk berjaya dalam dunia yang pesat berkembang dan penuh cabaran ini kerana hanya mereka yang terbaik akan berpeluang untuk dipilih memasuki sektor pekerjaan nanti," katanya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada 26 orang pelajar USM dari Pulau Pinang yang dikategorikan sebagai golongan B40 anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang di Bilik Seminar, Bangunan Toray, USM Pulau Pinang.

 DSC7202

Tambah beliau, mencapai kejayaan juga adalah sebahagian dari semangat cintakan negara dan patriotik apatah lagi dasar pendidikan sedia ada terbukti membuahkan kejayaan dengan mengeluarkan anak-anak di luar bandar untuk mencapai kejayaan.

"Kita perlu menjaga keharmonian masyarakat dan tidak mudah mempercayai pelbagai maklumat yabg diterima tanpa mendapat kepastian kebenarannya," tambah beliau.

Pada majlis yang sama beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada MPPUSM untuk menjalankan program-program sehingga hujung tahun ini.

 DSC7230

"Saya berharap agar dapat berpeluang bertemu lagi dengan MPPUSM dan pelajar pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, Mohd Hazim Abd Manaf berkata, pihaknya berterima kasih dengan sumbangan yang diberi.

"MPPUSM akan terus mengadakan program bersifat outreach dan juga memberi bantuan tertentu kepada pelajar-pelajar sebagai contoh melalui program Kami Prihatin "KAMPRI" yang memfokuskan bantuan kepada golongan B40.

 DSC7244

 DSC7252

"Majlis hari ini berimpak tinggi untuk pelajar USM dan saya dan rakan-rakan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak ICU yang memberi bantuan kepada 26 orang pelajar tahun 1 sidang kali ini," katanya lagi.

Tambahnya, pihak MPP USM sentiasa memberi fokus dengan apa yang diperkatakan oleh Naib Canselor USM untuk melahirkan pelajar yang merupakan global player dan juga memberi fokus pada 3R iaitu untuk menjadi "Relevant, Referred, Recpected" seperti mana hasrat Naib Canselor.

 DSC7269

Yang hadir sama di majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang ICU Syed Shaari Syed Abdullah dan Pengarah Libatsama Komuniti dan Industri USM Syed Yusof Syed Kechik.

Teks : Mohamad Abdullah, Nor Rafizah Md Zain, Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto : Mohd Fairus Md Isa

 

  • Created on .
  • Hits: 1113

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024