USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RANGKUL ANUGERAH PERAK 'BEST BOOTH DISPLAY' DI PAASWE 2016

untitledsdfs

PULAU PINANG, 11 November 2016 - Sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) jurusan Senibina dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) telah mendapat anugerah Perak bagi 'Best Booth Display Award' dalam PAM Annual Architecture Student Works Exhibition’ (PAASWE) baru-baru ini.

Sebagai acara tahunan pelajar Seni Bina di Malaysia dan bertemakan ‘ARCHInteraction’, PAASWE2016 juga merupakan pertandingan pameran dan telah disertai oleh 20 buah universiti awam serta institusi-institusi pendidikan tinggi swasta seluruh negara.

Menurut ketua kumpulan, Muhamad Amirul Faiz Fazlee, anugerah Perak ini adalah satu pencapaian yang baik buatnya dan seluruh ahli kumpulan dalam pertandingan ini dan beliau akan terus menyumbang kemahiran dan kebolehan pada masa hadapan dalam bidang serta pertandingan senibina sebegini.

untitledsdrfawr



Sementara itu, Dekan PPPBP, Profesor Dr. Aldrin Abdullah pula mengucapkan tahniah kepada kumpulan pelajar ini yang telah memenangi Anugerah Perak bagi kategori 'Best Booth Display Award’ dan pensyarah penyelia iaitu Dr. Mazran Ismail yang banyak memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar ini.

"Semoga pada masa yang akan datang, lebih banyak pencapaian cemerlang dapat dihasilkan oleh para pelajar dan pensyarah PPPBP," tegasnya.

Pasukan USM terdiri daripada 8 orang pelajar Tahun 3 dan 2 orang pelajar Tahun 2 dari PPPBP.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : PPPBP

  • Created on .
  • Hits: 1198

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024