USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AKADEMIA BERPELUANG PEROLEHI DANA PPRN

EAM 3090

PULAU PINANG, 10 November  2016- Ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) berpeluang untuk merebut dana melalui inisiatif  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Public-Private Research Network (PPRN) bernilai sehingga RM50,000.00 bergantung kepada penilaian yang akan dijalankan.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed, platform yang disediakan oleh KPT ini adalah untuk merapatkan jurang teknologi antara akademia dan industri di samping mencari penyelesaian secara bersama dalam bidang teknologi dengan bantuan KPT.

pprn12

“Pada hari ini, USM telah bekerjasama dengan Federation of Malaysia Manufacturers (FMM) bagi mendapat lebih ramai ahli FMM untuk bekerjasama sekaligus untuk membantu memindahkan teknologi dan kepakaran penyelidikan kepada industri,” tambah Abdul Rahman yang juga Penasihat Teknikal PPRN.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Unit Keusahawanan & PPRN KPT, Zuraidah Mohamed Said membuka minda pemain industri untuk merebut peluang yang ditawarkan serta membantu dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia terutamanya menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 dalam Rancangan Malaysia ke-11.

EAM 3102

EAM 3109

PPRN yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Razak pada 24 Februari 2015 sehingga kini telah menyatukan lebih 500 industri dengan pakar-pakar akademia dan juga institusi penyelidikan di Malaysia.

Akademia yang berminat boleh terus melayari laman sesawang PPRN di www.pprn.mohe.gov.my atau hubungi Sekretariat PPRN di 03-88705085 atau terus hubungi pegawai di Pejabat Inovasi dan Pengkomersialan USM.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

Foto: Ebrahim Abdul Manan 

 

  • Created on .
  • Hits: 898

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024