USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HARI KE-5 KARNIVAL SUKAN MASUM FASA 2 - USM SUDAH PEROLEH 4 EMAS

14956514 1796107443994727 6157274933393565687 n

PERLIS, 10 November 2016 - Kontingen Universiti Sains Malaysia (USM) sudah memperolehi 4 butir pingat emas untuk Karnival Sukan MASUM Fasa 2 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada hari kelima kejohanan dan berbaki 3 hari lagi untuk upacara penutupan rasmi.

4 emas USM disumbangkan dalam acara Karatedo di mana 3 emas bagi kategori Kumite oleh Han Tiong Chew, Nur Nazarith Sofia dan Kuan Ugene manakala 1 emas Kata oleh Gene Loh.

Setakat hari ke-5 kejohanan, kontingen USM sudah berada di kedudukan kedua keseluruhan di belakang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berkongsi pingat emas yang sama cuma UPM berkelebihan 2 pingat gangsa mengatasi USM.

Sebanyak 8 acara sukan dipertandingkan iaitu Bola Baling, Bola Tampar, Bola Keranjang, Basikal, Karatedo, Sofbol, Tenis dan Woodball.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 954

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024