USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM 'CIKGU PRIHATIN' TUMPU PENJAGAAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I PENDIDIK USM

untitledfb

USM, PULAU PINANG, 10 November 2016 - Kelmarin berlangsung perasmian program Cikgu Prihatin oleh Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Profesor Dr. Hairul Nizam Ismail yang merupakan salah satu program anjuran MPP PPIP USM dalam terus menjaga kebajikan para mahasiswa/i golongan pendidikan di pusat pengajian.

Menurut MPP PPIP, Norhafiz Bin Nordin, program Cikgu Prihatin merupakan salah satu intipati dalam manifesto beliau yang kedua di mana ianya lebih tertumpu kepada penjagaan kebajikan mahasiswa/i pendidik.

"Penggunaan istilah "cikgu" bertujuan untuk menanam benih jiwa pendidik manakala "prihatin" digunakan untuk melatih diri supaya mempunyai sifat empati dalam diri supaya dapat membantu golongan yang memerlukan," katanya.

Tambahnya, skop Cikgu Prihatin lebih tertumpu kepada kebajikan mahasiswa/i khususnya jika berlaku kematian ibu/bapa dalam kalangan mahasiswa/i pendidik, tabung Cikgu Prihatin akan digerakkan; jika mahasiswa/i pendidik mempunyai masalah, kecelaruan, cadangan ataupun aduan boleh terus disuarakan melalui laman Facebook MPP PPIP (Majlis Perwakilan Pelajar 16/17) melalui 'Cikgu Prihatin'; dan jika ada pihak sama ada dalam kalangan pensyarah pendidik mahupun mahasiswa/i pendidik yang ingin memberikan sumbangan dari segi kewangan ataupun barangan boleh disalurkan terus melalui 'Cikgu Prihatin'.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : MPP PPIP USM

  • Created on .
  • Hits: 1234

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024