USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIGA PERSONALITI TV MERIAHKAN WACANA SENI USM

14963123 10154333145773197 5903562644939243636 n

PULAU PINANG, 10 NOVEMBER 2016 – Tiga personaliti televisyen tanah air akan hadir ke ke Universiti Sains Malaysia (USM) bersama warga kampus memeriahkan program Wacana Seni anjuran Dewan Budaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

Mereka, Kamarul Bahrin Haron, Pengacara Televisyen di AstroAwani, penyanyi dan juga pelakon, Arja Lee serta Faizul Sany, Komposer dan juga penyanyi bakal menjadi panel membincangkan isu wacana kali ini bertajuk  “Meniti Realiti Industri Seni” yang akan dikendalikan oleh Komposer terkenal tanah air, Azmeer.

Program tersebut akan diadakan pada hari Jumaat, 18 November 2016, jam 3.00 petang bertempat di Balai Pesiban Agung, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Pegawai Kebudayaan, Dewan Budaya, USM, Andy Siti Nurhidayah Rahim , Program ini terbuka buat semua warga kampus USM terutamanya pelajar yang berminat untuk belajar dan memperolehi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai alam pekerjaan dalam industri tersebut.

“Wacana ini terbuka penyertaannya dan buat pelajar USM, rebutlah peluang ini bagi menghadiri diskusi kerana personaliti yang hadir bukan sahaja hebat di dalam industri hiburan tanah air malah hebat juga dalam pendidikan”

Tambah beliau, antara yang bakal diperbincangkan adalah mengenai bidang penyiaran dan hala tuju industri drama, perfileman, teater dan muzik di negara ini.

Kepada yang berminat untuk hadir, boleh menghubungi Puan Andy Siti Nurhidayah Rahim di talian +6012-6824449 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Tempat adalah terhad kepada 200 orang peserta dan masuk adalah percuma.

  • Created on .
  • Hits: 1149

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024