USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROF. DATO' DR. MAFAUZY, RUGAYAH TERIMA ANUGERAH “PRODUCTIVITY CHAMPION”

 untitledfrger

KOTA BAHRU, 8 November 2016 - Penolong Naib Canselor/Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed menerima anugerah Champion Productivity Leadership dan Timbalan Ketua Pustakawan Rugayah Ali menerima anugerah Champion Productivity Practitioner  sempena Hari Produktiviti Peringkat Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini.

Mereka adalah antara 19 orang tokoh daripada pelbagai agensi awam dan swasta yang sentiasa menyokong inisiatif peningkatan produktiviti, kreativiti dan daya saing yang lebih tinggi.

Mereka  menerima anugerah “Productivity Champion” sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka sebagai  penggiat kepada usaha produktiviti dan kualiti di negeri Kelantan.

kelantan45

Menurut Timbalan Ketua Pengarah MPC Haji Ab Rahim Yusof,  anugerah Productivity Champion diberi kepada mereka yang menerajui inisiatif produktiviti dan pada masa sama membantu menyediakan Pelan Lima Tahun Pembangunan Produktiviti (Productivity Blueprint).

"Di samping itu, mereka berperanan membantu menentukan hala tuju produktiviti industri tertentu termasuk penetapan sasaran produktiviti bagi industri masing-masing dan inisiatif terperinci dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan dengan pencapaian produktiviti menjadi kriteria utama bagi kerajaan untuk menawarkan bantuan dan insentif pada masa hadapan," kata beliau.

Jelas beliau lagi, inisiatif Anugerah Productivity Champion ini selaras dengan RMK-11 untuk membangunkan pakar-pakar industri yang berwibawa, berkemahiran dan berdaya inovatif yang tinggi.

kelanatan34

“Penerima anugerah juga adalah mereka yang sentiasa membantu MPC dalam meningkatkan produktiviti di agensi masing-masing.

"Pihak MPC menggunakan kaedah ‘Productivity Gain Measurement’ (PGM) di bawah ‘Productivity Development Plan’, sebagai alat pengukuran indeks Produktiviti di peringkat firma sehinggalah ke peringkat kebangsaan," kata Ab Rahim.

Hasil daripada pengukuran ini Kampus Kesihatan USM telah mendapat markah yang tinggi dalam pengamalan tahap produktiviti.

Mafauzy berkata, anugerah yang diterima ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa USM komited membangun aspek pengukuran produktiviti seperti kedudukan daya saing, kecekapan dan keberkesanan pekerja.

untitledftrht

Menurut Rugayah Ali, anugerah yang diterima ini akan menjadi pemangkin kepadanya untuk terus berkongsi idea mengenai ilmu kualiti kepada semua pihak agar produktiviti kerja sentiasa dapat dipertingkatkan untuk mewujudkan suasana kerja yang cekap dan berkualiti.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Ihsan MPC

  • Created on .
  • Hits: 1421

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024