USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IMCC, HUAWEI MALAYSIA ANJUR PROGRAM KERJAYA DI USM

 14938170 1213477905379907 4861901741900796522 n

USM, PULAU PINANG, 8 November 2016 – Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC) Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan program kerjaya bersama-sama pihak Huawei Malaysia.

Program yang akan diadakan pada hari Isnin, 14 November 2016 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Budaya USM ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang yang ada di syarikat tersebut.

Menurut Pengarah IMCC USM, Dr. Muhizam Mustafa, melalui program ini, pihak Huawei akan turut memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada warga USM di samping akan mengadakan cabutan bertuah kepada warga kampus.

“Pada hari tersebut juga sesi penerimaan resume dari para pelajar tahun akhir untuk ditemuduga akan turut diadakan bagi membolehkan pihak syarikat terus memberi peluang pekerjaan kepada bakal graduan,” tambahnya.

Huawei merupakan sebuah syarikat komunikasi dan teknologi mula bertapak di Malaysia pada tahun 2001 yang menawarkan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia kepada pengguna.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1026

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024