USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CERAMAH PERDANA MOHD KAZIM ELIAS DAPAT SAMBUTAN HANGAT

 DSC6819

USM, PULAU PINANG, 4 November 2016 - Penceramah terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias hari ini telah mengadakan ceramah perdana yang bertajuk "Dosa Yang Diviralkan" bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.

Hampir 2,500 membanjiri dewan ini untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah tersohor negara ini.

 DSC6829

 DSC6826

Yang turut hadir ke ceramah ini ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan dan isteri Datin Suraiya Kassim serta Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM Profesor Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman.

tcgg

 DSC6848h

Ceramah ini merupakan anjuran bersama Rancangan Khidmat Masyarakat USM di bawah seliaan Pusat Rancangan Kokurikulum, MYCSD dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1818

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024