USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PRO CANSELOR GESA ALUMNI MAINKAN PERANAN DALAM MASYARAKAT

DSC 2170g

USM, PULAU PINANG, 28 Oktober 2016 - Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Datuk Mustafa Mansur menggesa para alumni USM untuk memainkan peranan yang penting dalam masyarakat serta melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan dan khidmat masyarakat.

“Berusahalah untuk melakukan kerja-kerja bersama secara sukarela dan juga terlibat dalam projek-projek khidmat masyarakat seperti penawaran tuisyen percuma, pemeriksaan kesihatan untuk komuniti, membangunkan perpustakaan masyarakat, mengajar dan mendidik tentang ICT atau kemahiran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,” kata Mustafa ketika berucap pada Sidang Kelapan, Upacara Konvokesyen ke-54 USM baru-baru ini.

“Namun yang paling utama, para alumni perlu menjaga nama baik universiti dan sentiasalah berbangga dengan nama USM walau di mana anda berada.

DSC 4759

DSC 4772

“Saya juga menyeru para graduan untuk membina jaringan kerjasama sesama alumni dan aturkan perjumpaan-perjumpaan yang kerap yang boleh mengeratkan hubungan sesama sendiri,” tambah Mustafa yang juga mempengerusikan Sidang Keenam dan Ketujuh Upacara Konvokesyen yang bermula 24-27 Oktober di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), di sini.

Sehingga kini USM telah melahirkan seramai 133,235 orang alumni ijazah pertama dan 26,199 orang alumni ijazah tinggi sejak penubuhannya pada tahun 1969.

DSC 4750

DSC 4799j

Sidang Kelapan adalah yang terakhir pada Upacara Konvokesyen ke-54 ini melibatkan 742 orang siswazah Sains Gunaan, Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Seni Bina, Teknologi dan Diploma Kejururawatan.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1131

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024