USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HARGAI PERANAN WANITA – PRO-CANSELOR

 DSC 4424

PULAU PINANG, 28 Oktober 2016 – Masyarakat diseru untuk menghargai dan memahami kehebatan wanita khususnya ketika golongan ini memainkan dua peranan di antara amanah dan bidang tugas kerjaya profesional dengan tanggungjawab kepada keluarga.

Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Datuk Mustafa Mansur berkata, setiap dari kita mempunyai ibu dan ia adalah antara contoh paling dekat yang jelas menunjukkan kehebatan sebagai seorang wanita.

“Tentu sahaja yang pertama ialah ibu yang melahirkan kita. Kita melihat betapa kental dan hebatnya kasih sayang ibu dalam menjaga dan membesarkan kita. Kita lihat juga air mata dan pengorbanan, dalam memastikan anak-anaknya beroleh kejayaan.

DSC 4451

DSC 4450

“Ada kalanya pengorbanan mereka merentasi apa jua kesukaran dan kesusahannya, sesetengahnya secara bersendirian membesarkan anak-anak dan memastikan masa hadapannya yang lebih baik dan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 878 orang siswazah Sains dan Sains Kemasyarakatan dalam sidang keenam Upacara Konvokesyen Ke-54 USM di sini baru-baru ini.Mustafa menzahirkan dedikasinya dan rasa kagum kepada wanita yang turut disifatkan sebagai insan hebat dan mulia yang kaya kasih sayang, mewah dengan kecintaan, hebat dalam pertimbangan dan tabah dalam kehidupan.

DSC 4455

DSC 4529

Beliau dalam masa yang sama turut mengucapkan tahniah kepada Naib Canselor wanita pertama USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang mula memimpin Universiti sebagai Naib Canselor yang ketujuh bermula 4 Oktober lalu.

Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1203

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024