USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SISWAZAH USM DISERU BERDIKARI DAN BUKTIKAN KEMAMPUAN DIRI

DSC 2028

USM, PULAU PINANG, 26 Oktober 2016 – Siswazah Universiti Sains Malaysia (USM) seharusnya mampu berdikari terutamanya dalam mewujudkan peluang baharu pekerjaan dan bukan hanya bergantung kepada orang lain.

Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, para siswazah sepatutnya  menggunakan ilmu di dada untuk  menjadi “job creators” yang mampu menggajikan orang daripada hanya mampu menerima gaji.

“Dengan perkembangan dasar ekonomi digital, para siswazah boleh memasuki pasaran kerja dan berada dalam sektor-sektor strategik bukan sahaja di negara ini, malah juga di seluruh Negara ASEAN dan juga di dunia,” kata Asma.

DSC 2030

Menurut beliau, USM menyediakan siswazah dengan ilmu untuk berfikiran kritikal dan menjadi penyelesai masalah yang dikagumi namun mereka  juga perlu fleksibel dan pandai menyesuaikan diri dengan mengadaptasi diri mengikut keperluan masa hadapan.  

“Cabaran abad ke-21 bagi universiti juga amat getir untuk menyediakan siswazah yang sesuai dengan keperluan dunia pada masa kini dan untuk hari esok,” tegas Asma.  

DSC 4281

DSC 4286

Berucap kepada 832 orang siswazah  Ekonomi, Kerja Sosial, Perakaunan dan Pengurusan yang menerima ijazah pada Sidang Kelima Upacara Konvokesyen Ke-54 USM, beliau berharap yang mereka juga telah  bersedia dan berjaya untuk memasuki dunia pekerjaan dengan berbekalkan kemahiran terutamanya dalam berkomunikasi, kemampuan menyelesai masalah dan kematangan yang dicapai dan ditingkatkan hasil pendedahan ketika berbakti kepada masyarakat, penyertaan dalam projek kesukarelawanan yang diusahakan dan aktiviti lain yang pernah diikuti semasa di kampus.

“USM berusaha menyediakan pelajar yang holistik dan seimbang, mengadunkan dengan keunikan nilai-nilai sains dalam sastera dan sastera dalam sains melalui pelbagai usaha tanpa membezakan kepentingan kedua-duanya dalam membina roh keilmuannya,” tegas Naib Canselor lagi.

DSC 4342

Jelas beliau, di USM proses integrasi ilmu sains dan sastera, seni budaya dan kerja sosial telah berjalan dengan cukup baik merentasi kelainan dan perbezaan untuk seseorang terokai dalam menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Ijazah-ijazah disampaikan oleh Pro Canselor Tan Sri Dr. M. Jegathesan kepada para siswazah Sidang Kelima ini.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1225

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024