USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIGA TINDAKAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT

DSC 4195

USM, PULAU PINANG, 26 Oktober 2016 - Siswazah perlu bersama-sama menjaga kesejahteraan masyarakat dengan memainkan peranan yang sewajarnya dalam proses pembangunan negara pada masa hadapan.

Demikian kata Pro Canselor USM, Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan pada sidang kelima upacara konvokesyen ke-54 USM hari ini.

Katanya, yang pertama para siswazah perlu menggunakan ilmu pengetahuan dengan sebaik-baiknya, dengan menjadi seorang yang profesional serta berintegriti dalam apa jua yang dilakukan.

DSC 4276

DSC 4319

"Integriti bermakna kita tidak akan lakukan apa jua perkara yang menyalahi undang-undang, peraturan dan norma masyarakat, di mana kita berada.

"Ilmu pengetahuan yang dimiliki, perlu diadun bersama integriti, untuk memastikan tadbir urus yang baik atau good governance sentiasa terpelihara kerana Integriti juga bermakna berpegang teguh kepada amanah dan tanggungjawab yang ada, sama ada dalam keadaan dapat dilihat oleh orang lain, mahu pun tatkala kita bersendirian dan tidak dilihat orang," katanya.

Yang kedua ialah menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan jangan bermain dengan api yang boleh menyebabkan terbakar diri terutamanya dalam keadaan masyarakat seperti negara ini yang berbilang kaum, agama, bahasa, budaya dan kepercayaan.

"Sikap ambil mudah, baling batu sembunyi tangan dan menimbulkan kesangsian dan kebencian boleh menimbulkan masalah jangka panjang serta jangan sama sekali berfikir secara stereotaip dan mengaitkan semua benda dengan perbezaan yang ada," tambahnya lagi.

DSC 4279

DSC 4412

Yang ketiga ialah menggunakan ilmu pengetahuan untuk mengukuhkan kesejahteraan masyarakat dan negara kerana saya percaya USM telah mendidik untuk sentiasa berfikiran positif, sering menolong orang lain dan secara sukarela membantu di antara sama lain dan kita sama-sama menjaga alam, kedamaian masyarakat dan mengelakkan dari timbulnya sebarang masalah.

"Inilah negara kita, yang harus kita jaga bersama-sama, jagalah keamanannya dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan," jelasnya.

Terdahulu Jegathesan menyampaikan ijazah kepada kira-kira 832 orang siswazah Ekonomi, Kerja Sosial, Perakaunan dan Pengurusan.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1450

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024