USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGANJURAN CONVEX 2016 BUKTI KEMAHIRAN PELAJAR USM ANJUR EXPO BERSKALA BESAR

 DSC5806hl

USM, PULAU PINANG, 26 Oktober 2016 - ConvEx dianjurkan untuk meraikan para graduan yang bergraduasi dan selain itu, ConvEx juga memberikan peluang untuk pelajar USM mahupun masyarakat luar untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka gerak-gerai jualan dan perkhidmatan.

Demikian ujar Pengarah ConvEx, Arivanandhan A/L Gunaseelan ketika ditanya berkaitan dengan penganjuran ConvEx pada kali ini yang berlangsung dari 23 hingga 27 Oktober 2016.

"Ia juga merupakan satu acara yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dengan bimbingan dari pegawai-pegawai universiti yang memberi peluang kepada kami untuk melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah yang penting dalam kehidupan kita," kata pelajar tahun 3 Pusat Pengajian Sains Fizik ini.

 DSC5827

 DSC5813l

Tambahnya, keunikan penganjuran ConvEx kali ini adalah ianya bertemakan semangat cinta akan negara dengan moto 'USM No.1 Pemangkin Mahasiswa Patriot' di mana ia menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa setiap mahasiswa USM, sejajar dengan itu, suatu lorong kemerdekaan telah dibina yang mengandungi maklumat tentang tokoh kemerdekaan Malaysia.

Arivanandhan juga berharap pada tahun hadapan penganjuran Convex terus mendapat sokongan dan perhatian dari pihak Universiti untuk memantapkan kemahiran pelajar dalam menganjurkan acara yang besar sebegini sempena upacara konvokesyen USM.

 DSC5844j

 DSC6049u

Terdapat 104 buah gerai dalam ConvEx kali ini yang terdiri daripada gerai makanan, gerai pakaian, gerai cenderahati dan selain gerai-gerai ini, terdapat juga pameran daripada syarikat antaranya Maxis, PTPTN termasuk pameran daripada golongan kelainan upaya yang dibawa dari Kampus Kesihatan Kelantan yang mendapat sambutan yang baik.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1257

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024